19 11 13 PROTON SUPRIMA S TIBA DI BRUNEI

Sumber: Media Permata

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Proton Holdings Berhad (PROTON) iaitu sebuah anak syarikat milik penuh pengeluar automotif Malaysia, DRB-HICOM, hari ini melancarkan Proton Suprima S ke pasaran Brunei Darussalam selepas diperkenalkan di Australia pada minggu lalu dan Indonesia awal bulan ini dengan keyakinan ia akan mendapat sambutan.

Pelancaran Proton Suprima S di bilik pameran Proton 3S di Gadong disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara ini, Datuk Abang Sahak Abang Salleh dan Ketua Pegawai Operasi (Komersial) PROTON, Hisham Othman.

Pengarah Urusan United Motors Sdn Bhd, Simon Gelan dalam ucapannya berkata, pelancaran Proton Suprima S menandakan satu lagi peristiwa penting dalam sejarah Proton, di mana Suprima S hatchback empat pintu ini adalah berdasarkan platform P2 generasi masa depan Proton dan ia melengkapkan salun Proton Preve yang telah pun dilancarkan tahun lalu.

United Motors Sdn Bhd telah menjadi pengedar tunggal bagi kenderaan Proton sejak dua tahun lalu dan sebelum ini telah memperkenalkan tiga modal iaitu Proton Preve, Proton Satria R3 dan kini, Proton Suprima S.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei (tiga darikiri) bergambar ramai disamping Suprima S dimajlis pelancaran kereta itu kelmarin.

Dengan kedatangan modal-modal baru ke pasaran negara ini, Proton telahmemperolehi DNA untukpasaran global, di mana persaingan adalah sengit dengan kebanyakan modal baru dihasilkan oleh syarikat pengeluar setiap tahun pada harga yang kompetitif.

Di Brunei, katanya, jenama Proton sering dikaitkan dengan lebih mampu dan senang mendapatkan akses bagi peralatan dan perkhidmatannya.

Kereta Proton amat sesuai untuk seisi keluarga dan dengan pelancarannya hari ini, akan menambah lagi satu pilihan buat keluarga di negara ini untuk mendapatkan kereta yang benar-benar sesuai.

‘Suprima S’ berasal dari perkataan “supreme” yang mencerminkan keunggulan dalam keselamatan kejuruteraan dan prestasi yang digabungkan ke dalam model ini manakala bentuk hatchback yang ditampilkan pada Suprima S ini adalah untuk me-

menuhi keperluan gaya hidup moden.

Proton Suprima S menawarkan ciri-ciri baru seperti Proton Infotainment dengan sistem operasi berdasarkan Android, lampu LED bahagian belakang, cahaya siang hari, bantuan hill-hold dan letak kereta dengan sensor depan.

Suprima S turut menampilkan Proton Infotainment dengan sistem operasi berdasarkan Android.

Keluaran terbaru ini dikuasai enjin turbo Proton 1.6L, dilengkapi dengan Protronic 7-kelajuan Proton.

Proton Suprima S ini antara lain didatangkan dengan tayar 17 inci, rim tujuh jejari dan skrin sesentuh 7 inci skrin sentuh dengan sistem navigasi dalaman, kerusi kulit penuh dan pemandu hanya perlu menekankan punat bagi menghidupkan enjin.

Sementara itu Hisham berkata; “Suprima S berwarna ‘red, tranquility black, solid white, genetic silver dan atlantic blue’, itu akan diterima baik di Brunei, selain model Proton akan datang yang kami rancang untuk dilancarkan di Malaysia dan negara eksport lain.

“Kami mahu mengukuhkan jenama menerusi sokongan United Motors, pengedar tunggal kereta Proton di Brunei, selain terus berkembang sebagai jenama diperakui untuk mengeluar kereta selamat dan berkualiti yang berbaloi dengan harga,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata badan hatchback disediakan untuk memenuhi permintaan gaya hidup moden, seperti yang ditonjolkan menerusi bentuk dinamik dan sporty, hiasan dalam premium dan prestasi enjin yang hebat.

Dalam membangunkan hatchback, semua aspek keselamatan penumpang diambil kira, dan ini jelas dijelmakan berdasarkan penarafan keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu 5 bintang Australasia untuk Suprima S.